Merujuk kepada laporan akhbar The Star 8 Mac 2018, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(SKMM) telah mengumumkan bahawa talian prabayar yang didaftarkan atas penama yang mencurigakan akan ditamatkan talian selepas Januari 2019 sekiranya pengguna talian tersebut gagal mengemukakan dokumen sah dalam waktu yang diberikan.
Setiap penyedia rangkaian dikehendaki menghubungi talian-talian prabayar mencurigakan ini bagi mendapatkan dokumen sah bagi tujuan kemaskini. Fasa 1 aktiviti pengesahan ini telah dijalankan pada tahun 2017 dan Fasa 2 telah dimulakan pada awal tahun ini dan bakal berakhir pada Januari 2019.
Langkah ini dibuat bagi mengatasi jenayah siber yang berpunca daripada penggunaan talian palsu ini. Jenayah seperti pencurian data peribadi, lintah darat, peras ugut, fitnah dan lain-lain dapat dicegah sekiranya semua pihak dapat membantu bersama-sama memberi kerjasama terhadap pihak yang berkuasa.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/03/08/dubious-prepaid-lines-to-be-cut-exclusive-telcos-to-weed-out-shady-subscribers-in-a-bid-to-curb-scam/